Sunday, January 9, 2011

Paparan Aktiviti Dalam Blog pptmj.blogspot.com

Kepada semua warga Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor.

Mulai 2011 semua aktiviti KRT akan dipaparkan dalam blog pptmj.blogspt.com. Langkah ini bagi menyatukan aktiviti dan menjimatkan masa mengemaskini blog TMJ. BLOG KRT Taman Malawati Jaya tidak akan dikemaskini lagi. Memadai dangan menggunakan satu BLOG sahaja iaitu pptmj.blogspt.com. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Tuesday, May 18, 2010

Kursus Pengurusan KRT

Tahniah kepada 2 AJK KRT kita kerana terpilih mengikuti Kursus Pengurusan KRT dan SRS yang akan diadakan seperti ketetpan berikut :-
Tarikh : 21 hingga 23 Mei 2010
Tempat : Hotel Holiday Inn, Melaka
Peserta terpilih:
1. S. Azmi Bin Sario
2. Mohd Yazid Bin Mohd Ani

Wednesday, May 5, 2010

Program Terdekat

1. Kem Smart Solat.
- Sasaran anak-anak berumur 7 hingga 12 tahun
- Tarikh program : 21 Mei 2010
- Masa Program : 8.00 hingga 2.00 petang
- Tempat Program : Surau Riadh As-Solihin

2. Kursus Pengurusan Jenazah
- Sasaran remaja, ibu dan bapa TMJ
- Tarikh program : 27 Mei 2010
- Masa Program : 8.00 hingga 5.00 petang
- Tempat Program : Surau Riadh As-Solihin
- Penceramah dan sijil disediakan oleh JAIS

Jika berminat berhubung dengan En. Iszamli (019-6349198)

Tuesday, April 27, 2010

Program Segunung Kasih Sejuta Harapan







Sambutan Segunung Kasih Sejuta Harapan ini diadakan bagi memperingati hari-hari istimewa sepanjang bulan Mei setiap tahun. Hari penting seperti Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Belia dan Hari Perpaduan akan disambut sepanjang bulan Mei. PpTMJ amat mengambil berat hari-hari Istimewa ini dan telah menganjurkan aktiviti yang bersesuaian dengan penduduk. Ucapan terima kasih kepada penduduk Taman Malawati Jaya yang telah mengambil bahagian dan tahniah kepada yang menang. Aktiviti Segunung Kasih Sejuta Harapan telah diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Mei 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Padang Futsal Taman Malawati Jaya
Acara yang akan dipertandingkan termasuklah mendeklamasikan sajak, masakan rendang, kuih berasaskan ubi kayu, gubahan tuala, sukaneka, pertandingan mewarna, mengayam ketupat, cabutan bertuah dan beberapa acara lagi.

Saturday, April 17, 2010

Treasure Hunt 2010


KRT Taman Malawati Jaya Kuala Selangor telah menganjurkan Treasure Hunt 2010. Program ini bermula dari Taman Malawati Jaya - Bukit Malawati - Taman Alam - Kolam Ikan - Taman Malawati Jaya. Anak-anak yang berumur 7 hingga 15 tahun telah menyertai program ini. Berikut adalah maklumat program tersebut :-
Tarikh : 25 April 2010
Hari : Ahad
Masa : 7.00 pagi - 12.30 tgh.
Perasmi : Pn. Rohaida Bt. Abdul Kadir, Peg. Perpaduan Daerah Kuala Selangor

Wednesday, March 10, 2010

Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 TMJ

Penghargaan kepada anak-anak TMJ yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan 2009. Tahniah.....
TARIKH : 13 MAC 2010
MASA : 7.15 PETANG HINGGA 10.00 MALAM
TEMPAT: SURAU RIADH AS-SOLIHIN, TAMAN MALAWATI JAYA.

Ceramah Maulidur Rasul

Ceramah Maulidur Rasul telah diadakan seperti ketetapan di bawah :-
TARIKH : 13 MAC 2010
MASA : 7.15 PETANG HINGGA 10.00 MALAM
TEMPAT: SURAU RIADH AS-SOLIHIN, TAMAN MALAWATI JAYA.
PENCERAMAH : Ustaz Amir Noor Hezam Bin Amir Edaham
Perunding Motivasi Umrah Haji dan Dakwah Raudhah Travels
Semua jemaah/qariah TMJ dijemput hadir.